PANDUAN CARA KIRA DUTI SETEM (M.O.T - MEMORANDUM OF TRANSFER)

Cara pengiraan duti setem bagi suratcara pindahmilik didalam transaksi pembelian hartanah.
------------------------------------------------------------------

credit to #EDORRA

Sebelum tu saya nak jelaskan sedikit apa itu suratcara pindahmilik (MEMORANDUM OF TRANSFER).

Bagi hartanah yang dah ada hakmilik individu/strata) suratcara pindahmilik yang terpakai adalah Borang 14A Kanun Tanah Negara. Bagi hartanah yang masih dibawah hakmilik induk/master title suratcara pindahmilik yang digunakan adalah Deed of Assignment (By Way of Transfer).

FORMULA PENGIRAAN DUTI SETEM

Harga Belian/Nilai Pasaran (mengikut mana yang lebih tinggi)

RM 100 ribu pertama x 1%
RM 101 ribu hingga RM 500 ribu seterusnya x 2%
RM 501 ribu hingga RM 1 juta seterusnya x 3%
RM 101 juta hingga RM 2.5 juta seterusnya x 4%

CONTOH

Harga Belian/Nilai Pasaran (mengikut mana yang lebih tinggi)
RM 300 ribu
RM 100 ribu x 1% = RM 1 ribu
RM 200 ribu x 2% = RM 4 ribu
Jumlah duti setem = RM 5 ribu

RM 560 ribu
RM 100 ribu x 1% = RM 1 ribu
RM 400 ribu x 2% = RM 8 ribu
RM 60 ribu x 3% = RM 1800
Jumlah duti setem = RM 10,800

RM 7.5 juta
RM 100 ribu x 1% = RM 1 ribu
RM 400 ribu x 2% = RM 8 ribu
RM 500 ribu x 3% = RM 15 ribu
RM 6.5 juta x 4% = RM 260 ribu
Jumlah duti setem = RM 284 ribu

Jadi, sebelum Pembeli menandatangani Perjanjian Jual Beli, kiralah dulu anggaran duti setem anda. Supaya boleh bajet dan standby siap2 duit duti setem tersebut.

Jika anda membeli rumah untuk kali pertama, ada peremitan dan pengecualian duti setem yang boleh anda mohon jika anda memenuhi syarat2 yang ditetapkan.

Perlu diingatkan juga duti setem ni BUKAN masuk poket peguam ya, tetapi akan dibayar kepada kerajaan Malaysia (LHDN) yang dicintai. Peguam hanya tolong passkan bayaran tu kepada LHDN sahaja.

Sekian sahaja perkongsian saya untuk hari ini. Terima kasih sudi membaca. Sila share jika bermanfaat.

#PapanCaturHartanah
#PeguamHartanah
#jodohartanah
#propertiestitans
#norozir
#elmuhartanah


Comments