TIPS NAK LOAN LEPAS !
TIPS NAK LOAN LEPAS:
Ni tips daripada pegawai bank A sendiri…credit untuknya..
1. PTPTN yang mana ada tunggakkan boleh ke pejabat PTPTN untuk
bayar sedikit tungakkan dan buat penjadualan semua (restructure UJRAH).
Gabungkan diploma dan degree dapatkan surat dari PTPTN dan kemudian dah boleh apply
loan.
2. CTOS rekod hutang Telco, Credit Company(bkn AEON), kedai
motor . CCRIS report data dari bank negara sahaja
(berkenaan dengan bank loan sekarang). Ada bank guna CTOS , ada bank guna CCRIS
(agen hartanah tahu nak pilih mana yang terbaik untuk kes anda!)
3. Scoring adalah subjektif di mana ia ditentukan oleh system
base untuk pekerjaan,gaji, tempoh bekerja,ccris data,bayaran loan sedia
ada,loan yang kita ada sekarang
(personal loan kebiasaan nya scoring akan murudum sedikit)
4. ASB yg pernah dapat dividend bukanlah commitment kerana
dividend yg diterima akan ditolak semula dgn instalment bulanan ASB tersebut
walaupun keluarkan dividend beli IPX.
Jadi, jangan lah pergi
tutup ASB kalau dah 3-4 tahun bayar..merugikan..tanya banker yang berpengalam
dahulu minta pendapat sebelum dengar cerita2 daripada orang yang belum pernah ada loan rumah pun. Masa apply loan
sediakan ASB dividend statement siap2.
5. Credit card make sure jangan pakai melebihi 60% daripada limit..Bank akan judge cash flow
ketat sikit..Kalau jenis yang pakai bayar, tak kan guna sampai habis 5K setiap
bulan??
6. segala komitmen bank atas nama anda tetap atas nama
anda..walaupun kereta bg orang lain sambung bayar atau hanya guna nama untuk
orang lain(contoh)
JODOHMU DI SINI!
NOR OZIR
Comments
Post a Comment