APA MAKSUD DAH STRATA TETAPI BELUM TUKAR HAK MILIK?

SOAL JAWAB HAKMILIK STRATA :
DOUBLE TRANSFER]

credit to : Ahmad Firdaus Mahmod

SITUASI DI MANA HAKMILIK STRATA TELAH KELUAR TETAPI MASIH ATAS NAMA PEMAJU DAN PEMAJU TIDAK MEMBENARKAN DIRECT TRANSFER
Soalan 1 :
Bagaimanakah proses Pindahmilik di mana Hakmilik Strata telah keluar tetapi masih belum dipindahmilik atas nama penjual dan Pemaju tidak membenarkan untuk Direct Transfer?
Jawapan :
Sekiranya Pemaju tidak membenarkan untuk pindahmilik dibuat secara Direct Transfer, Penjual perlu menyelesaikan pindahmilik di antara Pemaju dan dirinya terlebih dahulu.
Proses ini disebut sebagai Penyempurnaan Pindahmilik (Perfection of Transfer) dan sekiranya Penjual masih mempunya hutang
dengan pihak bank, Penjual juga perlu menyelesaikan Penyempurnaan Gadaian (Perfection of Charge).
Penyempurnaan Pindahmilik dan Gadaian perlulah dibuat sekali. Tempoh masa untuk Penyempurnaan Pindahmilik dan Gadaian ini memakan masa anggaran dalam masa tiga (3) bulan.
Sekiranya terdapat masalah dengan Pemaju atau perkara-perkara lain yang mungkin menyebabkan Penyempurnaan Pindahmilik dan Penyempurnaan Gadaian tidak dapat diselesaikan dalam tempoh tiga (3) bulan,
maka proses Perjanjian Jual Beli juga akan tertangguh kerana tempoh tiga (3) bulan untuk Pembeli menyelesaikan baki harga jualan hanya akan bermula selepas nama Penjual diendos di atas Hakmilik Strata
Tempoh masa untuk transaksi ini selesai bergantung kepada perkara berikut :-
✍ Hartanah Pegangan Bebas (Freehold); atau
✍ Hartanah yang mempunyai sekatan kepentingan (Leasehold)
Sekiranya Hartanah adalah Pegangan Bebas, 3 bulan untuk Pembeli menyelesaikan baki harga jualan akan berjalan dari tarikh Peguam Pembeli mendapat satu (1) salinan Hakmilik Strata yang telah diendos atas nama Penjual.
Manakala, sekiranya Hartanah mempunyai sekatan kepentingan (leasehold), kebenaran dari Pejabat Tanah untuk membenarkan Pindahmilik perlulah diperoleh terlebih dahulu dari Pejabat Tanah.
Penjual perlu membuat permohonan di pejabat tanah untuk mendapatkan kebenaran pindahmilik dari pihak berkuasa negeri.
Oleh yang demikian, 3 bulan untuk Pembeli menyelesaikan baki harga jualan akan berjalan dari tarikh kebenaran pindahmilik yang diperolehi dari Pejabat Tanah.
Perlu diingatkan sekali lagi bahawa Perjanjian Jual Beli hanya boleh diteruskan sekiranya Penjual telah menyelesaikan Proses Penyempurnaan Pindahmilik dan Gadaian.
NOTA : Pembeli tiada sekatan membeli rumah yang berstatus belum tukar nama seperti ini

#SaudagarHartanah
#jodohartanah
#norozir
#propertiestitans

Image result for strata title

Comments

  1. Tuan... Bagaimana pula cara nya sekiranya salah seorg penama didalam starata tersebut telah mati sebelum sempat ditukar kpd pembeli dan pemaju pula sudah tidak wujud oe domain

    ReplyDelete

Post a Comment