BILA DAPAT KUNCI RUMAH, APA PERLU ANDA BUAT?



BILA DAPAT KUNCI RUMAH, APA PERLU ANDA BUAT?

Tahniah! setelah sekian lama menunggu, akhirnya tercapai juga impian untuk masuk rumah baru!  Dapat kunci rumah baru beli @subsale, pasti ia adalah perkara yang menggembirakan.

Paling seronok, time nak buka pintu rumah buat pertama kali.. especially dengan keriangan sorakan anak-anak kan!

Tapi perlu ingat!
Ada beberapa perkara yang kak Jodo nak bagitau apa yang perlu anda selesaikan dalam bulan pertama tu supaya tidak kelam kabut!

Ada beberapa perkara WAJIB yang perlu diselesaikan yang ditinggalkan oleh lawyer kepada anda setelah dapat kunci,
jadi anda perlu buat beberapa pertukaran nama.

5 PERKARA WAJIB YANG PERLU ANDA SELESAIKAN LEPAS DAPAT KUNCI:

(sesuai untuk subsale)

1. BIL ELEKTRIK
Boleh pergi ke cawangan TNB berdekatan,  untuk pendaftaran akaun TNB baru.
a. Bawa salinan Perjanjian Jual Beli (SPA)
b. Kad pengenalan.
TNB mengambil masa sekitar 7-14 hari untuk kemaskini dalam sistem.

2. BIL AIR
Untuk pendaftaran air pula boleh di buat di Syabas (untuk sesisapa yang berada di Selangor),
a. Bawa salinan Perjanjian Jual Beli (SPA)
b. Kad pengenalan.
.
Ada borang yang perlu di isi di kaunter.  Dalam borang itu ada perjanjian yang perlukan tandatangan saksi. Lebih mudah, anda boleh dapatkan tandatangan sesiapa sahaja yang berada situ, atau kalau tiada orang yang mempercayai anda,  bawa balik borang bagilah kepada sesiapa kenalan rapat anda untuk tandatangan.

3. MAINTENANCE/JMB
Apartment atau kondominium mesti ada Joint Management Body (JMB) atau Management Corporation (MC).
Pastikan owner lama sudah selesaikan bayaran tertunggak. Sekiranya belum, maklumkan kepada lawyer semula.

Untuk kes ini juga,
a. Salinan Perjanjian Jual Beli (SPA) dan
b. Kad pengenalan untuk JMB atu MC daftarkam nama anda sebagai pemilik baru
Uruskan segala urusan mengenai access kad laluan masuk dan juga tempat letak kereta.

4. INDAH WATER/BIL PEMBENTUNGAN
Sama seperti untuk pendaftaran akaun baru TNB dan Syabas.
Pergi ke cawangan Indah Water yang berdekatan, bawa dokumen pendaftaran dan
daftar sebagai pemilik baru hartanah anda.

5. CUKAI TAKSIRAN/CUKAI PINTU
Yang ni kalau anda lambat register ada penalti sehingga RM2,000 (ikut daerah),
segera lah daftar selepas dapat kunci rumah.

Semua perkara di atas di tinggalkan untuk anda buat sendiri. Kalau ikutkan,
khidmat lawyer hanyalah sampai pinjaman habis dikeluarkan dan serah kunci rumah.

Ada juga yang suruh lawyer buatkan, anda boleh bincang dengan lawyer anda.
Sudah semestinya ada caj yang akan dikenakan.

Kalau tiada masa nak buat, upah runner untuk buat.

NOR OZIR

COACH PROPERTIES TITANS
#jodohartanah
#saudagarhartanah
#dapatkuncirumah
www.jodohartanah.com


Comments

Post a Comment