JANGAN KELABU MATA DENGAN MURAH BERSTATUS LOT LIDI

#OurHomeOurFuture

JANGAN KELABU MATA DENGAN MURAH BERSTATUS LOT LIDI

Credit : Binazrin



1. Penjualan tanah lot murah tanpa geran pegangan individu atau `lot lidi` merupakan satu cara individu termasuk syarikat memanipulasi proses jual beli tanah demi mengaut keuntungan berlipat kali ganda.
.
2. Pembeli sebenarnya tidak mengetahui bahawa mereka tidak mempunyai hak mahupun pemilikan terhadap tanah `lot lidi`tersebut.
.
3. Berpandukan Kanun Tanah Negara, hak dan kepentingan pembeli terhadap sesuatu hartanah hanya akan diiktiraf oleh undang-undang setelah didaftarkan pindah milik kepada nama pembeli.
.
4. Dengan harga murah yang ditawarkan, ramai yang berebut-rebut membelinya sedangkan pada hakikatnya pembeli ibarat memajak tanah orang lain dengan tujuan membina kediaman.
.
5. Proses jual beli `lot lidi` hanya berpandukan kepada surat ikatan amanah tanpa disertakan permohonan pertukaran hak milik seperti Borang 14A.
.
6. Selagi tiada permohonan yang dibuat melalui Borang 14A maka tanah tersebut bukanlah milik pembeli dan masih milik penjual (jika nama penjual berada dalam geran) sehingga berlaku sesuatu seperti pengambilalihan oleh kerajaan, di mana pampasan hanya akan dibayar kepada nama pemilik dalam geran dan bukan kepada pembeli lot.
.
7. Lebih menyulitkan jika pemegang amanah yang merupakan penama dalam geran meninggal dunia dan selepas itu waris pemegang amanah seperti anak mereka boleh menuntut tanah berkenaan.
.
8. Biasanya satu ekar tanah hanya boleh dipecahkan kepada enam hingga lapan lot sahaja, tetapi bagi individu dan penjual yang tamak untuk mengaut keuntungan mereka boleh memecahkan sehingga lima belas lot untuk tanah seluas seekar.
.
9. Adalah mustahil bagi tanah `lot lidi` mempunyai geran individu maka pelan bangunan pastinya tidak akan diluluskan oleh PBT.

SHARE jika bermanfaat.
#jodohartanah

Nor Ozir
Properties Titans

Comments