NAK BELI SEBIDANG TANAH TETAPI TIDAK TAHU CARA?


Tanah bungalow lot di Gamuda Garden


Kepada individu yang ingin membeli tanah, disarankan melalui agen berdaftar untuk mengurangkan risiko
kes tertipu sebab tanah ni sangat subjektif dan bersempadan yang tidak nampak di mata. Jangan beranggapan sahaja.
Agen berdaftar akan menganalisa dari segala sudut supaya tidak terlepas pandang pada saat akhir.

Di kongsi disini langkah-langkah pembelian Tanah :

1.Dapat salinan geran

2.Buat carian Persendirian ( rm30 ) atau Carian rasmi (rm 50) di PTG ( Pej Tanah & Galian)
*harga dalam Selangor

3.Dapat Syit Pelan ( pelan besar ) daripada JUPEM ( JUPEM Selangor di Plaza Masalam Seksyen 9,Shah Alam )

4.Semak lokasi /kedudukan/vektor tanah.

Lebih bagus bawa juruukur untuk kenal pasti setiap tanda sempadan atas tanah tersebut.

5.Semak kontur /bentuk muka bumi tanah , jika berbukit,curam atau dalam gaung.

6.Untuk puas hati ,Semak Geran

6.1-Kategori Guna Tanah
6.2-Express Condition
6.3-Pegangan Tanah ( freehold/leasehold/rizab Melayu Hak Milik Kekal/Rizab Melayu Pajakan Mukim
6.4-Halangan atas Kepentingan Tanah

7.Tandatangan Penjanjian Jual Beli Tanah dengan Pemilik Berdaftar


8.Lakukan ‘Kaveat Persendirian’ untuk melindungi kepentingan anda sebagai pembeli

9.Untuk pembelian secara TUNAI dengan BAYARAN PENUH

9.1-Tandatangan Borang 14A ( Tranfer of Land )

9.2-Borang 14A perlu di hantar untuk Setem Hasil untuk ‘Adjudication’.

10.Serahkan Borang 14A kepada Pej Tanah /PTG

11.Tarikh serahan adalah tarikh Pendaftaran!

12.Ambil Geran Tanah /Land Title daripada Pej Tanah /PTG dan simpan dengan selamat.

( jika tanah di charge kepada BANK, geran akan disimpan oleh BANK )

Credited To Razman Ramali

Share Jika Bermanfaat

#jodohartanah.com
#PropertiesTitans
#CoachNorOzir
#TeamSaudagarHartanah


Comments