NAK JUAL HARTANAH ATAU RUMAH, TAPI PEMILIK SNP ATAU SALAH SEORANG PEMILIK BERSAMA MENINGGAL DUNIA?
Akak Jodo tergerak hati nak share mengenai bagaimana nak jual rumah jika pemilik atau salah seorang pemilik dalam SNP atau geran telah meninggal dunia. Akak Jodo share ni sebab ada pengalaman berkaitan dengan kes ini sendiri.
Secara ringkasnya, ada satu kes ni, pada peringkat awal, rumah kes kematian telah dibeli oleh pembeli yang pertama yang faham dan juga sedar rumah ada kaitan dengan kes kematian. Pada hari untuk sign SNP,dengan penerangan lawyer yang mengendalikan kes ini atau pembantu lawyer, (lawyer tiada pengalaman kes kematian) menyebabkan pembeli berfikir semula untuk meneruskan atau tidak. Disokong pendapat pula dengan lawyer shariah yang juga kenalan pembeli agar tidak meneruskan pembelian. Akhirnya, pembelian ditarik balik dan pembeli kerugian deposit kerana melanggar syarat persetujuan pembelian.
Rumah yang sama kemudiannya dibeli oleh pembeli kedua yang lebih jelas mengenai kes kematian dan dokumen yang diperlukan. Dengan yakin, pada peringkat status yang sama, pembeli berjaya meneruskan pembelian dan sudahpun mendapat kunci dalam jangka masa tak sampai setahun. Alhamdulillah. Jadi bila nak beli rumah yang ada kes kematian, jangan panik, timba ilmu dan fahamkan proses seperti buyer kedua ni.
Jadi kesimpulan dari kedua2 kes ni, tiada perubahan pada status rumah, kes pertama tidak berjaya bukan kerana status rumah, ia adalah kerana pendapat lawyer yang tidak berpengalaman.
Ramai yang tahu, sekiranya seseorang meninggal dunia, semua hartanya dipanggil HARTA PUSAKA dan perlu dibahagikan mengikut faraid dalam islam atau wasiat untuk yang bukan islam.
APAKAH YANG PERLU DIPASTIKAN UNTUK HARTANAH LAYAK DIJUAL ?
Apa yang perlu dipastikan, penjual perlu mengemukakan dokumen tambahan iaitu BORANG F - SURAT PENTADBIR . Surat pentadbir adalah surat kuasa untuk menjual rumah atau hartanah yang pemiliknya telah meninggal dunia. PASTIKAN maklumat terutamanya alamat harta yang ingin dijual adalah betul di muka surat pertama juga di mukasurat lampiran senarai harta pusaka si mati. Sekiranya maklumat salah di bahagian senarai harta, maka pembetulan boleh dibuat oleh pemberi surat pentadbir dalam masa lebih kurang seminggu lebih. Manakala sekiranya maklumat tersebut salah atau typo di bahagian akad kuasa, maka court hearing perlu dilakukan semula dan kemungkinan akan mengambil masa yang lama iaitu dalam masa setahun atau lebih dan perlu membayar semula kos lawyer oleh pemilik!
Pastikan nama yang diberi kuasa dalam surat tersebut bersetuju untuk menjual hartanah tersebut
SURAT PENTADBIR (SURAT WAKIL KUASA ) ATAU POWER OF ATTORNEY mengambil masa 1-2 tahun untuk mendapatkannya, jadi sekiranya hartanah untuk dijual tersebut masih belum mempunyai surat ini, hold dulu iklan untuk penjualan kerana rumah tersebut masih belum layak untuk dijual.
Oleh yang demikian, pada tahun pertama kematian adalah agak mustahil untuk melakukan penjualan hartanah tersebut. Surat tersebut boleh diperolehi dengan melantik peguam, sekiranya hartanah adalah besar nilainya. Ia juga boleh dilakukan sendiri di Pusaka Kecil sekiranya ianya hanya melibatkan nilai yang kurang 1 juta. Kali ini, Kak Jodo tidak akan menceritakan bagaimana proses untuk mendapatkan borang F kerana ia merupakan topik yang panjang.
Ambil perhatian, jangan campur-adukkan kes penjualan dengan isu faraid, wasiat atau si mati ada hutang yang perlu dijelaskan. Maklumat mengenainya juga tidak perlu diberitahu kepada bakal pembeli dan tidak penting bagi pembeli. Perkara tersebut akan dikendalikan selepas penjualan berlaku untuk pembahagian cairan asset mengikut hak faraid atau wasiat. Ramai yang keliru akan kes ini, termasuk lawyer yang tidak biasa mengendalikan kes kematian juga akan keliru dan kemungkinan akan memberi maklumat kurang tepat kepada pembeli.
Bila borang MOS (Memorandum of Sales) atau ATP (Agreement to Purchase) tanda persetujuan pembelian dengan pembeli baru ditandatangani beserta deposit, dan pemilik pun telah bersetuju, setelah loan lulus, lawyer boleh mula memproses transaksi dengan memohon SURAT LA (Letter of ADMINISTRATION) di MAHKAMAH untuk melayakkan rumah boleh dijual kepada pembeli.
Ya, betul, masa akan diambil dengan lebih lama sedikit daripada kes biasa, namun PASTIKAN anda berurusan dengan lawyer yang biasa dengan kes kematian kerana ia boleh diselesaikan segera oleh lawyer berpengalaman berbanding dengan lawyer yang tiada pengalaman langsung atau lawyer shariah yang hanya berkaitan dengan faraid dan tiada kaitan untuk memproses penjualan.
Namun ia juga memerlukan masa tambahan lebih 3-6 bulan daripada kes biasa.
Kes akan mengambil masa lebih sedikit sekiranya ia melibatkan prosiding tuntutan insuran hartanah. Sekiranya perkara tersebut telah selesai, ia akan memendekkan masa menyelesaikan transaksi jualan kepada pembeli baru.
NOTA:
Jika pemilik harta masih hidup, bergantung kepada pemilik harta tersebut untuk melantik sesiapa sahaja sebagai pentadbir harta beliau sama ada waris beliau, individu neutral (bukan waris), peguam atau syarikat amanah.
NOTA BERKAITAN : BAGAIMANA MEMOHON BORANG F?
BERAPA LAMA MASA YANG DIPERLUKAN?
NOR OZIR
COACH PROPERTIES TITANS
#jodohartanah
#saudagarhartanah
#dapatkuncirumah
www.jodohartanah.com
Comments
Post a Comment