PENTING KE LANTIK EJEN HARTANAH?



Jawapannya, PENTINGGGG SANGAT! Tak kira untuk pembeli atau penjual. Terutamanya kalau nak beli rumah pertama atau blur-blur nak buat apa bila nak beli atau jual hartanah!.. Boleh kalau nak terjun je, tapi pastikan terjun di tempat yang betul!

Kenapa akaq berpendapat macam tu? Sebab akaq sendiri pernah jadi pembeli, pernah jadi penjual. Rumah sendiri pun ada yang dijual sendiri dan melalui ejen hartanah. Daripada pengalaman, kita lebih matang memilih ya!!


Meh akaq Jodo bagi 3 je dulu....hadam dulu.

BOLEH PILIHKAN BANK YANG SESUAI IKUT KES

1. Setiap bank berbeza kesesuaian dengan rumah-rumah tertentu dan unik mengikut kes dan rekod kewangan individu.
Ada yang tak cukup cash tu dan tengok rumah yang sesuai, pembeli boleh buat pinjaman tinggi mengikut kelayakan gaji. 
Ejen boleh cek untuk gaji pembeli, dengan rumah yang nak dibeli, bank mana yang paling boleh bagi pinjaman yang cepat dan
tidak ada masalah sampai dapat kunci!. Ada kes yang di awal laju je... tapi tak tau... kes bakal mengundang check point masalah 
di tahap proses tertentu! Kalau ada ejen yang uruskan, mereka akan consult beri nasihat yang terbaik mengikut kes individu.
Ingat ya, tak semestinya bank yang kawan kita apply tu dapat interest rendah, kita pun boleh dapat yang sama dengan kes kita.
Setiap orang lain padangnya. Jadi ejen lah yang berpengalaman memilihkan yang mana sesuai dan terbaik kerana hanya ejen hartanah ada maklumat kedua
belah pihak! 

BOLEH CEK KAN KELAYAKAN DAN KESESUAIAN RUMAH YANG DIPILIH AKAN MENJIMAT MASA

2. Kehendak pembeli memanglah nak rumah yang besar, cantik, lokasi dekat dan macam-macam faktor positif dalam senarai. 
Namun, perlu diingat, rumah pertama bukan rumah idaman. 
Jadi prioritikan faktor dan korbankan faktor yang kurang penting buat masa terdekat. 

BOLEH DAPATKAN LAWYER PANEL YANG BERDAFTAR DI COUNSIL, AKTIF DAN PALING PENTING REKOD KEWANGAN SUPERP!

3. Ramai je lawyer diluar sana, tetapi pastikan cek kelayakan lawyer tu, jangan asal kawan nama lawyer je terus lantik.
Ingat ya, kes pembelian rumah macam-macam tahap dan unik. Oleh itu hanya peguam hartanah berpengalaman yang boleh 
mengendalikannya dengan cepat dan pantas yang kurang risiko lengah masa.

#nor_ozir
#jodohartanah
#teamSaudagarhartanah
#propertiestitans
#elmu_hartanah

Comments